April 30, 2013

Dream about Dream



Assalamualaikum,

hyee, semuaa. entire kali ni saya nak cerita tentang mimpi. yess! DREAM.

semua orang pernah bermimpi kann? kalau x pernah bermimpi tu bukan manusia la tu. hahaha. chill. sebenarnya sejak kebelakangan ni saya selalu bermimpi tentang orang yang terdekat dengan saya. kenapa? saya pun sebenarnya x rancang nak mimpi tentang dorang semua. mungkin juga saya rindu dorang? hahaha, x mungkin lahh setiap hari saya jumpa dorang di sekolahh. oohhh~ mungkin juga x lama lagi kami akan berpisahh? aloorrhhh sedihhnyaaa :'(

sebenarnyaa, tadi baru seja saya mimpi tentang kawan saya. tapi x perlu la cerita, sebab cerita tu sangat mengarut. hahaha. kalau saya cerita pun mesti kamu ingat saya ni betul2 rindu dengan kawan saya tu. hahaha, padahal kami ni sama jantina. hehe. ignore it!

kamu pernah bermimpi kejadian yang sebelum berlaku? YA! saya pernahh! banyak kali sudahh. mimpi ni sangat unik, bukan? kadang2 saya rasa kagum dengan mimpi saya sediri, tapi kadang2 saya kecewa dengan mimpi saya.


beberapa hari yang lalu, saya bermimpi tentang masa depan saya. saya mimpi saya telah berkhawin dengan seorang jejaka yang sangat baik. tapi, saya langsung x dapat nak tengok dengan jelas wajah lelaki tu. apa yang boleh saya bayang kan, saya hidup bahagia dengan dia. aawwhh. macam cerita dogeng kan? haha.
WALLAHUALAM..sekadar mainan tidur saya sahaja.

Diriwayatkan oleh Abu Said Khudri RA, sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"apabila diantara kamu yang bermimpi yang menyenangkan (memberi khabar gembira) maka ia bermakna daripada Allah SWT. maka bacalah hamdalah dan ceritakan mimpi yang baik tersebut kepada orang lain) tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan maka ia bermakna daripada syaitan. oleh itu mohonlah perlindungan Allah SWTdari kejahatan (mimpi daripada syaitan) dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat." (hadis riwayat Bukhari)
eerrmm, okey lah setakat ni. x banyak idea nak update entire sebenarnya. okey lahh. wasalam.


No comments:

Post a Comment