May 21, 2013

Kisah Benar: Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari

artikal dari harian metro online 

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Khoo Peluk Islam


 Calvin Thoo mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ismail Kamus.
KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkemuka tanah air, Calvin Thoo mengesahkan yang beliau telah memeluk Islam pada 3 petang Ahad.
Walau bagaimanapun, graduan fesyen dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu enggan mengulas lanjut ketika dihubungi portal Red Carpet.
“Salam. Saya minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk ditemu-bual. Terima kasih,” katanya ringkas.
Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Solihin Mokhyi.
Calvin telah melibatkan diri dalam industri fesyen sejak lebih 17 tahun lalu malah sudah mempunyai label jenama sendiri.
Beliau sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis seperti Anita Sarawak, Marsha Londoh, Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugeah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL.
ABN NEWS
c/p dari harian metro online

May 18, 2013

Kisah anak yatim melukis gambar ibunya :'(


gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di PALESTIN, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu,- Nourislam.com tak boleh dibayangkan berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki, entah kemana. disebabkan perang. tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi "mama" ..

 kisah seorang anak kecil yang melukis IBU nya pada sebuah tingkat ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu, ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para NABI di PALESTIN, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di PALESTIN yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara PALESTIN dan israel, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain.

May 12, 2013

Cerita Tentang Sabah :)

Pada zaman dahulu, ada dara cantik bernama Sabah, berkhawin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkhawinan mereka menghasilkan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana, kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.
Tiba-tiba, anak sulung Brunei bernama Amanilah diculik oleh Sepanyol, dan di tukar namanya menjadi Manila.
Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun-tahun. Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidak membantu dalam perang saudara itu. Oleh kerana kekuatan Sulu yang mempertahankan Sabah sebagai miliknya maka Brunei semakin lemah. Maka Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

May 1, 2013

My 'PET' | kura-kura

Assalamualaikum, hello!

Selamat malam. hurmm -- penatnyaa. baru balik dari kampung Ranau. haha, 1 malam seja kami di sana. sehh. kamu mau tahu kenapa? sebab hari ni 1 hari bulan 5. setiap 1 hari bulan mesti ada tamu besar-besaran. so, tahun ni 1st time saya turun p tamu sama family saya tadi pagi. hahaha, sebelum ni langsung x terfikir pun nak turun p tengok-tengok barang di tamu tu. tiba-tiba terbuka pulak hati ni. hahaha.

berbalik kepada tajuk, mulai hari ni rasmi lah sudah saya ada PET, haiwan peliharaan. sehhhh~ sebelum ni x pernah pun terfikir nak ada haiwan peliharaan sendiri. hahaha. takut pulak kalau saya yang jaga nanti mati. OMG! mungkin tidak.

mula-mula tu, saya fikir nak beli arnab, sebab arnab ni comel sangat! Ya Allah, tuhan seja la yang tahu comelnya arnab tu. tapi..tapi..tapi.. arnab ni berbulu lahh. hurmm -- comel tu memang la comel, tapi kalau saya sendiri pun x boleh pengang ni lagi nak beli. siapa nak jaga kan? jadi saya fikir nak beli ikan emas tu, tapi takut pulak nak jaga sebab ikan ni sebenarnya cepat mati tau. hahaha.

dan, nasib baik lahh saya ternampak kura-kura. kecik jee! xda lah besar sangat pun, besar lagi tapak tangan kita, kecik sangat kura-kura tu. hahaha, bila di fikirkan balik antara hidupan laut yang senang di jaga adalah kura-kura. YA! kura-kura. dan akhirnyaaaaa, saya beli dengan cash! hahaha, x kan lah nak bayar guna kredit kad kan, sedangkan itu tamu. saya beli 1 pasang, satu jantan, satu lagi betina. alaahhh, takut nanti kalau beli satu ja nanti dia rasa sunyi pulak. cehh. hahaha