May 12, 2013

Cerita Tentang Sabah :)

Pada zaman dahulu, ada dara cantik bernama Sabah, berkhawin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkhawinan mereka menghasilkan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana, kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.
Tiba-tiba, anak sulung Brunei bernama Amanilah diculik oleh Sepanyol, dan di tukar namanya menjadi Manila.
Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun-tahun. Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidak membantu dalam perang saudara itu. Oleh kerana kekuatan Sulu yang mempertahankan Sabah sebagai miliknya maka Brunei semakin lemah. Maka Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.


kemudian British datang ingin meyunting Sabah dari Brunei. Brunei mengizinkan dengan syarat hantaran 12000 kepada Brunei. Birtish juga menyunting Sabah dari Sulu kerana inginkan wang sebanyak 5000 setahun. Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki barunya, British. duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang berkerja, makan minum hidup gembira. Tiba-tiba, Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang, tapi beliau terus merampas Sabah dari British dan British dihalau jauh dari Sabah.
Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku-sakatnya, untuk menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian, Jepun meyerah kalah dengan British. Akhirnya, Sabah kembali kepangkuan Bitish. Tetapi pada masa itu, British tidak lagi berkemampuan untuk mejaga Sabah yang menjadi rebutan ramai, maka British menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura. Mereka tinggal di dalam rumah yang kecil bernama Malaysia. Tidak lama kemudian, Singapura diceraikan, kerana tidak sanggup bermadu dengan madunya sendiri. HAHAHA. Alhamdulilah, rumah tangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.
Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia itu. (x pa la). Brunei juga bahagia walaupun menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung x peduli lagi. TETAPI SULU? laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Tapi malangnya, Sabah berkeras untuk terus hidup bahagia dengan jejaka Malaya walaupun bermadu.

No comments:

Post a Comment