May 1, 2013

My 'PET' | kura-kura

Assalamualaikum, hello!

Selamat malam. hurmm -- penatnyaa. baru balik dari kampung Ranau. haha, 1 malam seja kami di sana. sehh. kamu mau tahu kenapa? sebab hari ni 1 hari bulan 5. setiap 1 hari bulan mesti ada tamu besar-besaran. so, tahun ni 1st time saya turun p tamu sama family saya tadi pagi. hahaha, sebelum ni langsung x terfikir pun nak turun p tengok-tengok barang di tamu tu. tiba-tiba terbuka pulak hati ni. hahaha.

berbalik kepada tajuk, mulai hari ni rasmi lah sudah saya ada PET, haiwan peliharaan. sehhhh~ sebelum ni x pernah pun terfikir nak ada haiwan peliharaan sendiri. hahaha. takut pulak kalau saya yang jaga nanti mati. OMG! mungkin tidak.

mula-mula tu, saya fikir nak beli arnab, sebab arnab ni comel sangat! Ya Allah, tuhan seja la yang tahu comelnya arnab tu. tapi..tapi..tapi.. arnab ni berbulu lahh. hurmm -- comel tu memang la comel, tapi kalau saya sendiri pun x boleh pengang ni lagi nak beli. siapa nak jaga kan? jadi saya fikir nak beli ikan emas tu, tapi takut pulak nak jaga sebab ikan ni sebenarnya cepat mati tau. hahaha.

dan, nasib baik lahh saya ternampak kura-kura. kecik jee! xda lah besar sangat pun, besar lagi tapak tangan kita, kecik sangat kura-kura tu. hahaha, bila di fikirkan balik antara hidupan laut yang senang di jaga adalah kura-kura. YA! kura-kura. dan akhirnyaaaaa, saya beli dengan cash! hahaha, x kan lah nak bayar guna kredit kad kan, sedangkan itu tamu. saya beli 1 pasang, satu jantan, satu lagi betina. alaahhh, takut nanti kalau beli satu ja nanti dia rasa sunyi pulak. cehh. hahaha


pulang seja dari tamu, terus buka laptop--> search internet--> online kat google--> cari pasal kura-kura. bila saya baca satu artikal ni, rupa-rupanyaaa..kura-kura ni boleh hidup lebih daripada 100 tahun. WOW! lama tu weiiii~ sampai ke cucu cicit la jawabnya. haha, itupun kalau saya pandai jaga.

memandangkan ini kali pertama saya ada haiwan peliharaan sendiri, hak milik sendiri. InsyaAllah, saya akan jaga sampai dia besar. Amin.. Ermm -- okey lahh. thanks :)

No comments:

Post a Comment