May 21, 2013

Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Khoo Peluk Islam


 Calvin Thoo mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ismail Kamus.
KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkemuka tanah air, Calvin Thoo mengesahkan yang beliau telah memeluk Islam pada 3 petang Ahad.
Walau bagaimanapun, graduan fesyen dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu enggan mengulas lanjut ketika dihubungi portal Red Carpet.
“Salam. Saya minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk ditemu-bual. Terima kasih,” katanya ringkas.
Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Solihin Mokhyi.
Calvin telah melibatkan diri dalam industri fesyen sejak lebih 17 tahun lalu malah sudah mempunyai label jenama sendiri.
Beliau sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis seperti Anita Sarawak, Marsha Londoh, Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugeah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL.
ABN NEWS
c/p dari harian metro online



wahhh, lepas baca artikal ni, tiba-tiba tangan tergerak nak share dalam blog.  Ya Allah, kagumnya saya dengan Hidayah Allah. orang yang menceburi bidang fesyen ni pun boleh dapat Hidayah untuk masuk islam. sedangkan kerja dia ni mengikut peredaran zaman, yang semakin jahilliah sekarang.

apa-apa pun, kalau Allah dah kata "kun fa ya kun" maka jadilah ia. Astagfirunlahalazim -.-

No comments:

Post a Comment